|
Penyelesaisan masalah dalam matematik sekolah rendah
Monday, 28 November 2011 | Monday, November 28, 2011 | 0 candie blossom
Labels: matematik Rahsia nombor 9 ?
| Monday, November 28, 2011 | 0 candie blossom
esungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9. Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja. 1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9. Contoh: a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9 b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9 c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9 dan seterusnya….. 2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut: contoh 1: 22 x 9 = ? buat pendaraban 2×9 dahulu =18 Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka 22 x 9 = 198 contoh2: 33 x 9 = ? (3 x 9 = 27) Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka jawapannya 297 contoh 3: 44 x 9 = ? 4 x 9 = 36 Maka Jawapannya 396 Mudah bukan? 3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9? Contoh1: 222 x 9 =? Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18 Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi Maka 222 x 9 = 1998 Contoh 2: 333 x 9 = ? darabkan 3 x 9 = 27 Selitkan 99 di antara jawapan tadi Maka 333 x 9 = 2997 Contoh 3: 444 x 9 =? Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan? Jawapannya 3996 Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK! Labels: magik, matematik, rahsia matematik Rahsia Ilmu Matematik
| Monday, November 28, 2011 | 0 candie blossom
Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan? Maha Hebat Ciptaan NYA, Subhanallah! 1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321 1 x 9 + 2 = 11 12 x 9 + 3 = 111 123 x 9 + 4 = 1111 1234 x 9 + 5 = 11111 12345 x 9 + 6 = 111111 123456 x 9 + 7 = 1111111 1234567 x 9 + 8 = 11111111 12345678 x 9 + 9 = 111111111 123456789 x 9 +10= 1111111111 9 x 9 + 7 = 88 98 x 9 + 6 = 888 987 x 9 + 5 = 8888 9876 x 9 + 4 = 88888 98765 x 9 + 3 = 888888 987654 x 9 + 2 = 8888888 9876543 x 9 + 1 = 88888888 98765432 x 9 + 0 = 888888888 Hebat bukan?? Cuba lihat pada simetri ini pula: 1 x 1 = 1 11 x 11 = 121 111 x 111 = 12321 1111 x 1111 = 1234321 11111 x 11111 = 123454321 111111 x 111111 = 12345654321 1111111 x 1111111 = 1234567654321 11111111 x 11111111 = 123456787654321 111111111 x 111111111 = 12345678987654321 Sekarang, lihat di bawah: 101%Dari sudut pandangan ilmu Matematik: Apa yang sama dengan 100%? Apa yang dimaksudkan dengan memberi sesuatu lebih dari 100%? Pernahkah anda terfikir bahawa ada orang yang berkata hendak memberi lebih dari 100%? Kita juga pernah mendengar ada orang yang mampu memberi LEBIH dari 100%. Bagaimana kalau kita memperolehi 101%? Apa yang sama dengan 100% dalam kehidupan kita? Di bawah adalah jawapan kepada persoalan di atas dengan menggunakan kaedah formula matematik: Sekiranya: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z melambangkan nombor berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26. Sekiranya: Bekerja Kuat atau dalam Bahasa Inggeris disebut: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98% Dan: Ilmu Pengethuan atau dalam Bahasa Inggeris disebut: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96% Tetapi: Akhlak atau dalam Bahasa Inggeris disebut: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100% SEKARANG, kita lihat sejauh manakah Cinta kepada Tuhan boleh membawa kita: L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101% Maka, kita boleh menyimpulkan secara kajian ilmu Matematik bahawa: Bekerja Kuat dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk seseorang mencapai sesuatu dalam hidupnya melainkan setiap yang dia lakukan hendaklah dengan Berakhlak Mulia. Tetapi dengan meletakkan keikhlasan dan Cinta kepada Allah SWT lah yang membuatkan seseorang itu dapat mencapai 101% dalam kehidupannya…Apa itu matematik ?
| Monday, November 28, 2011 | 0 candie blossom
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.Labels: matematik |