|
Rahsia nombor 9 ?
Monday, 28 November 2011 | Monday, November 28, 2011 | 0 candie blossom
esungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9. Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja. 1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9. Contoh: a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9 b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9 c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9 dan seterusnya….. 2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut: contoh 1: 22 x 9 = ? buat pendaraban 2×9 dahulu =18 Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka 22 x 9 = 198 contoh2: 33 x 9 = ? (3 x 9 = 27) Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka jawapannya 297 contoh 3: 44 x 9 = ? 4 x 9 = 36 Maka Jawapannya 396 Mudah bukan? 3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9? Contoh1: 222 x 9 =? Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18 Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi Maka 222 x 9 = 1998 Contoh 2: 333 x 9 = ? darabkan 3 x 9 = 27 Selitkan 99 di antara jawapan tadi Maka 333 x 9 = 2997 Contoh 3: 444 x 9 =? Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan? Jawapannya 3996 Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK! Labels: magik, matematik, rahsia matematik |